Entri kali ini saya nak share tentang hujan yang melanda di Pantai Timur... dengan seriusnya, memang sesiapa yang duduk di sekitar Pantai Timur akan merasai apa yang saya rasa.. dalam 1 keluhan saja kebanyakkan orang akan kata, "hujannnn lagggii" dan mula bercerita tentang hujan.... sebabnya di Pantai Timur, hujan tanpa henti.. kalau berhenti pun tak sampai 5 minit.. berkedut dahi-dahi atuk jiran sebelah kawan saya dek kerana hujan... yelah, sebab hujan tak dapat bersiar-siar dengan motor kesayangan.. wing sana.. wing sini... pergi bandar.. tapi kali ini melekat dalam rumah... tetapi bagi orang yang ada kenderaan bumbung pasti tidak kesah dengan keadaan hujan ini... betul bukan..?
hujan jugak memusnahkan kepanasan dalam tubuh badan... mengeletar tubuh badan seakan-akan duduk dalam rumah air-corn.. pasti beruntung bagi orang yang badannya banyak lemak kerana dia tidak akan merunggut tentang panas... dan pasti dia akan lena dibuai mimpi-mimpi indah... dan bagi orang yang kurus cekeding pula akan memakai baju tebal setebal mungkin kerana terasa tiada arus darah merah dalam dirinya... seakan-akan mayat hidup...
selain itu, pakaian yang telah dibasuh dan telah disidai menjadi lembab dan berbau hapak... di sini saya nak syokkan kepada anda semua tentang hair-dryer untuk pengeringan pakaian.. tak pun.. guna lah downy... atau.. jika ada duit sikit.. hantar saja dekat kedai dobi.. dan menceritakan tentang kedai dobi.. saya boleh anggarkan yang perniagaan mendobi sekarang ini dalam keadaan draf yang meningkat... berbanding perniagaan lain...
di dalam kesejukan angin yang bertiup ini dapatlah saya simpulkan bahawa hujan melemahkan bagi sesuatu aktiviti seseorang.. tetapi sebaliknya bagi orang yang tidak kesah dan berfikiran positif tentang kelebihan hujan,,, juga bagi kehidupan hijau iaitu pokok.. selain itu, perniagaan juga boleh lumpuh kerana hujan, macam menternak kambing dan sebaliknya bagi perniagaan yang menarik minat orang ramai dalam mengunakan kelebihan hujan, seperti kedai dobi...